Memory At Kenyir - Part II

07 april 2017 | Jumaat




Kita masuk part II. 
Okay hari Jumaat pagi ni, dari Sungai Lasir kita nak bergerak ke Santuari Kelah. Houseboat bergerak jam 6 pagi. Bila bergerak selalunya bot akan berpecah, means siapa naik bot 2&3 komfem sampai awai sebab h/boat dorang laju. Haha. Sokay la tu. Kami sampai sekitar jam 9.30 tak silap. Lupa berapa lama hari tu perjalanan. Sepanjang perjalanan yang kita akan lihat cumalah pokok hutan yang menghijau--sunyi suara alam--indah tak terkata. Can't believe that 'aku' dah pergi sejauh ini. Indah sangat alam ini sama indah kalau saya dapat memiliki awak, Cia cia cia. Haha :p



Okay dah sampai perhentian nak ke Santuari Kelah. Nak pergi santuari kena naik bot pulop--around 15 minit nak ke sana. Okay, tunggu turn nak naik bot. Pastu pak cik turunkan kami kat Perhentian 1. Dari perhentian ni kau kena hiking lagi ada track dia. Aku lupa nak rekod berapa lama kami jalan, rasanya 20 minit gak la. Tracknya boleh tahan jauh sebelum sampai ke jambatan gantung. Dari jambatan gantung kena berjalan lagi 30 minit dan akhirnya sampailah kami ke Santuari Kelah. Yahoooo!



Sampai santuari ada dua part, siapa nak rendam kaki boleh ke side kiri, sape nak rendam sekali ngan ikan kelah tu pergi side kanan. Aku pi side kiri, sebab malas nak basahkan baju lagi. Haha. Tahu apa terjadi kat aku? Aku tak tahu sejak bila aku jadi penggeli yakmat. Haha. Mulut masing-masing takde yang diam, semua bising sebab ikan kerumun banyak. Haha. Aku sampai ke sudah tak rendam kaki sebab geli. Huaaaa sedih, aku frust ngan diri sendiri. Dush dush dush! Aku mampu cuit-cuit sikit je badan ikan kelah tu--licin. Sekali dia nganga mulut macam kena renjatan letrik, padahal geli je pun. LOL. haha.


Selesai sesi dengan ikan-ikan maka kembalilah semula kami ke houseboat melalui track yang sama. Bye kelah, I'm sure I will gona miss you kelah! Tamat cerita meninggalkan si kelah ditempat lubuknya--kita ini perlu teruskan perjalanan walaupun berat hati mahu meninggalkan. Cewahhh. Jiwang ngat.


Next-next.
Nak pi air terjun errr lupa nama. Dah ingat t aku edit balik. Haha. Yang ni paling mencabar la perjalanan dia. Masyallah. Paling emm emm emm haha. Okay Houseboat bergerak jam 2 petang lepas we all done for our lunch. Macam biasa bot 2&3 dah memecut meninggalkan kami. Kapten kata take time around 4 hours untuk sampai ke air terjun ni. I mean, next perhentian. Okay, bila dengar 4 jam tu dah tak keruan, bayanglah dengan 'kelajuan' bahtera yang sangat 'romantik' memang saba yolah. Haha. 



Masa balik santuari  kelah ni, ada yang mandi bilas badan, aku ngan kak tie decide taknak mandi semula sebab nak mandi air terjun nanti. Okay, jam pertama. Jeng jeng jeng. Lepas solat baring la. Dari baju yang suam-suam basah tidur gak kat kapet bawah. Kak Tie ngan Kak Aman dah lena kat ataih katil. Aku pun lelapkan mata kat bawah. Sebab aku bukan jenis tidur siang dan lama jadi 30 minit lepastu aku dah terjaga. Aku pishang. Haha. Entah kali ke berapa aku celik mata tengok pemandangan luar melalui tingkap. Tak boleh tahan panasnya lagi, then aku pi turun bawah. 



Dah turun bawah ni, haa cantik. Berangin-angin and....it's raining! Yeayy. Lepak bawah dengan Aida, Eking Maembong, Atien Kecik, and Kak Nina. Atin bawak kerepek, okay makan dalam hujan. haha. Pishang lagi ni, bayanglah baru jam kedua. Tepu yakmat! Aku pi belah belakang pulak, nampak Dollah ngan Lokman tengah borak ngan chef, Salwa pun ada borak ngan chef lagi sorang. Aku? Duduk jelah sorang-sorang. Haha. Baca part ni pun mesti korang bosan, jangan bosan lagi, perjlanan masih jauh. Haha. 



Okay pendekkan lah part ni--setelah 4 jam belayar maka kami geng-geng bahtera 1 selamat jugak sampai ke last checkpoint kami. Fuhhh. Masa nak sampai kat jeti tahu apa kita orang nampak?OMG, bot 2&3 dah main air. Dorang dah sampai dua jam awal.  Kesian dorang, dorang pulak pishang tunggu kita orang. LOL. haha. Okay dah sampai apa semua, kalau ikut tentatif petang tu kita orang boleh hiking dan mandi air terjun, tapi apakan daya hari dah nak gelap. Tapi aku tetap tak puas hati, nak main air gak. Haha. Yelah selama 4 jam den soba haa tunggu nak mandi, kalau tahu dah mandi siap-siap. Haha. Alang dah busyuk-busyuk tu amik life jacket aku, Kak Eking Maembong, Aida semua decide nak terjun. Okay terjun--disinilah detik kelalaian terjadi. Apakah ia? Jengjeng



After 30 minutes happily swiming, aku naik la ke atas semula. Sampai atas lepak ngan syu , borak sikit. Tetiba poket kiri rasa berat, aku seluk la. Ya Tuhan! Phone aku. Haha. Tak tahu nak nangis ke tak--tapi aku dah redha habis dah la. Aku blur pun ada, tak fikir banyak suh syu settle aku nak naik atas mandi. Haha. Memori betul kalau fikir balik kecuaian aku ni. Haih. Jadi pengajaran, I'm sure I will remember it forever! 





















No comments:

Post a Comment