Memory At Kenyir - Part 1

06 april 2017 | Khamis




Since kami bergerak dari UniSZA hari Rabu malam dan start bermalam dalam houseboat malam Rabu tu juga, jadi bahtera akan start belayar keesokkan pagi nya. Means, Khamis pagi tu.  Pagi ni, lepas semua orang siap sarapan maka bermula lah perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu ke Pulau Herba. 




Perjalanan mengambil masa around 3 jam sebab aku duduk kat houseboat 1 (Bahtera Kenyir 1), jadi lambat sebab kapal ni paling besar sebab muatannya berat. Haha. Dia punya slow sampai kau tak rasa dia tengah berjalan, rasa macam duduk statik je tak gerak-gerak. haha-- jadi kesempatan yang ada aku duduk kat bawah kat tempat makan tengok ciptaan Allah. Masyallah, fall in love sangat. Deck kapal besar--feeling Titanic gak lah, haha. Lepas bosan pi masuk bilik--bosan lagi turun balik. Haha. Macam tu lah life selama dalam kapal. Phewww.





Okay, lepas tiga jam belayar maka sampai la kami ke Pulau Herba. Nama pun Pulau Herba, memang banyak la pokok herba yang kami dapat tengok. Herher. Sampai je kat sana--ada kakak dekat sana bawa kami semua ke ruang demo. Ruang demo ni disediakan untuk pengunjung untuk tunjukkan demo kepada pengunjung yang datang, lebih kurang camtulah. Jadi, lawatan kami, dia sediakan tiga pokok sebagai kenal-kenal gittew--Pokok nya adalah, tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa. Okay, lepas sister tu bagi explaination, kami semua dijemput naik ke bahagian atas. Haa kat sini ruang minum air herba tu tadi. Gittew. Okay, dorang dah prepare tiga air--tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa fresh and pure okay. Rasalah semorang tapi aku tak rasa sebab aku rasa aku macam pening. haha. Aku malas nak minum. Emmmm.




Okay--settle cerita kat Pulau Herba. Okay sesi meneruskan perjalanan seterusnya ke Air Terjun Lasir. Wihewwiheww. Cop-cop lupa. Pulau Herba tu kat Sungai Lasir la. Means, perhentian kedua kami adalah di signboard Sungai Lasir. Cewahhh. Okay dah settle part pagi, lepas zohor baru hiking ke air terjun Lasir. Okay, hiking la. Boleh tahan jugak lah track dia. Rasanya tak sempat gumuksss memang aku puas hati sebab berpeluh-peluh, rasa betul kalori terbakar. Ecewahh. 




Okay sampai kat sana, kami amik arah kiri dulu sebab nak hiking lebih tinggi. Memang tinggi hokey. Haha. Okay sampai dekat pondok atas tu, we all decide nak sesi bergambar kat situ je la, since malas nak daki lebih tinggi sebab budak laki ramai dah naik ke atas. Okay bla bla bla, kami turun semula dan terus pergi ke tempat mandi manda. cewahhh. Aku ngan Kak Tie pi side perempuan. Okay aku tak mandi just rendam kaki kat tepi je la sebab malas nak basahkan full shirt. Haha. 



Okay, around pukul 6 kami semua pun balik la ke houseboat semula. Selesai hari pertama. 


















-will continued part II














No comments:

Post a Comment